Tentang Kami
Tunas Warisan Synergy Sdn Bhd (TWS) merupakan sebuah syarikat pembekal dan pengedar barang perubatan dan pergigian. TWS adalah syarikat persendirian milik bumiputera sepenuhnya yang telah ditubuhkan oleh Encik Kamarul Baharin Bin Aripin.
Ditubuhkan pada 6 April 2012, TWS mula beroperasi di bangunan Wisma Sara, Ampang.Sasaran pasaran tertumpu kepada agensi kerajaaan dan produk yang dibekalkan adalah bahan pakai buang khususnya sarung tangan dan pelitup muka.
Dengan pengalaman yang dimiliki oleh pengasas syarikat, TWS telah berkembang dan berjaya menjadi salah sebuah syarikat pembekal yang dikenali di seluruh Malaysia. Syarikat ini juga berdaftar dibawah Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dibawah Akta 737 pada tahun 2017.
Menggunakan slogan “beyond disposable, all is possible”, TWS terus menjadi pembekal utama untuk bahan pakai buang khususnya sarung tangan, pelitup muka, gaun isolasi dan bib pergigian. TWS sentiasa komited untuk memenuhi permintaan pasaran demi menjaga kualiti perkhidmatan.
Berdasarkan perkembangan sektor perubatan dan pergigian, TWS merancang untuk menambahbaik produk dan perkhidmatan sedia ada serta berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan memperkenalkan produk dibawah jenama sendiri untuk pasaran dalam dan luar negara.

Pejabat Urusan
No.1-5 , Wisma SARA, Lot 60, Jalan Besar Ampang, 68000 Ampang, Selangor
Branch Melaka: Merlimau
Branch Sabah: Plaza Permai, Kota Kinabalu
Hubungi Kami
03-4251 0003, 03-4251 0246
03-4252 1679
tunaswarisansb@gmail.com
© 2024 Tunas Warisan Synergy Sdn Bhd. (985672-A)